Kegagalan Ereksi, Jangan Malu Lelaki!

Kegagalan ereksi, jangan malu lelaki!

Kegagalan ereksi atau mati pucuk yang dipanggil Erectile Dysfunction (ED) dalam Bahasa Inggeris ialah masalah kesihatan kelamin yang berlaku pada lelaki dan berkait rapat dengan kesuburan mereka. Masalah ini juga dilihat sebagai masalah umum yang berlaku di Malaysia. Walaupun kegagalan ereksi sering berlaku kepada lelaki lanjut usia, tetapi juga tidak boleh disangkal masalah ini juga menyasar lelaki muda yang tergolong di bawah umur 40-an.

Apakah yang menyebabkan masalah ereksi?

Kegagalan ereksi berlaku apabila seseorang lelaki itu tidak mencapai ketegangan yang optimum atau Erection Hardness Score (EHS). Ketegangan Gred 4 ialah tahap ereksi optimum yang perlu dicapai oleh lelaki, namun mereka yang berhadapan dengan kegagalan ereksi sering mengalami tahap kepuasan yang jauh lebih rendah dalam semua aspek hubungan kelamin.

Antara faktor yang menyebabkan masalah ereksi adalah dari segi tahap kesihatan dan masalah fizikal. Jika seseorang lelaki itu pernah mengalami kecederaan pada saraf dan gangguan peredaran darah pada kelamin lelaki, maka boleh menyumbang kepada kegagalan ereksi.

Jika seseorang lelaki itu pernah melakukan pembedahan kanser prostat juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal ereksi.

Kesihatan lain yang terjejas

Ramai yang beranggapan bahawa kegagalan ereksi terjadi akibat kecederaan, namun pakar urologi juga menekankan bahawa faktor lain dari segi tahap kesihatan seseorang lelaki itu juga turut menyumbang kepada masalah ini.

Antara masalah kesihatan yang menjadi penyebab kepada masalah ini adalah:-

  1. Darah tinggi dan kolesterol
  2. Kemurungan
  3. Kencing manis
  4. Kesan sampingan sesetengah ubat-ubatan
  5. Ketagihan alkohol dan merokok
  6. Kurang aktiviti fizikal
  7. Masalah jantung
  8. Penyakit kardiovaskular
  9. Simptom saluran kencing lebih rendah (LUTS)
  10. Tekanan tinggi

Adakah masalah ereksi tanda-tanda awal ketidaksuburan?

Lelaki yang mengalami kegagalan ereksi tidak mampu untuk berejakulasi dan tidak mampu untuk menimang cahaya mata. Oleh itu, mereka haruslah melakukan beberapa ujian saringan kesuburan untuk mengenal pasti punca permasalahan tersebut.

Bolehkah masalah ereksi dirawati?

Walaupun masalah kegagalan ereksi kedengaran serius, namun masalah ini boleh dirawati dengan menjalankan beberapa pemeriksaan seperti melakukan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa jika terdapat benjolan atau bengkak pada testis, pemeriksaan darah, air kencing dan ultrasound untuk memeriksa peredaran darah pada alat kelamin lelaki.

Cara melindungi masalah ereksi

Walaupun kekerapan kegagalan ereksi meningkat dengan usia, ia boleh dirawat menggunakan ubatan atau membuat pilihan gaya hidup sihat seperti bersenam, mengawal pengambilan alkohol, berhenti merokok dan mengubah tabiat makan.

Jumpa dengan pakar urologi atau pakar kesuburan enam bulan sekali untuk memeriksa tahap kesihatan diri anda serta beriadah untuk mengurangkan tekanan diri. Jika anda melihat tanda-tanda depresi sila berjumpa dengan pakar segera.

Ingat, jangan sesekali ambil keputusan sendiri untuk mengubati masalah ini dengan membeli ubat-ubatan yang dijual di atas talian dan bergantung pada maklumat daripada Internet semata-mata. Sikap anda ini boleh memudaratkan kesihatan diri kerana tidak semua maklumat dalam Internet boleh dipercayai dan ubat yang diperoleh menerusi sumber kurang sahih mungkin mengandungi bahan aktif berbahaya atau tidak sah.

Bagaimana kami boleh bantu anda?

Di TMC Fertility, kami mempunyai pakar-pakar kesuburan yang berpengalaman dan mampu memberikan rawatan khusus untuk masalah ketidaksuburan anda.

Masalah kegagalan ereksi terjadi akibat beberapa faktor dan pakar kesuburan kami akan melakukan beberapa ujian saringan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anda.

Apa yang anda perlu lakukan? Hubungi kami untuk sebarang maklumat dan pertanyaan di talian khidmat pelanggan kami di +6018-211 1088 atau terus emel di ivf.info@tmclife.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s